Soalan pertanyaan Dan Seksaan Kubur wajib tahu!!!

Image result for kubur

Beberapa seksaan kubur menerusi hadits Rasulullah s.a.w yang dapat saya kumpulkan dan kongsikan setakat ini.

Misalnya,jika simati gagal menjawab pertanyaan malaikat mengenai Nabi Muhammad s.a.w,dia tentu tidak mampu menjawab soalan-soalan yang lain.Kerana,daripada Nabi Muhammad s.a.w inilah datangnya islam,datangnya agama,datangnya solat,dan rukun-rukun islam lain,puasa,zakat,harta,dan sebagainya.Dan itu juga penyebab berlakunya seksaan kubur.

Saya menyambung berkongsi tulisan sebelum ini iaitu soalan-soalan di alam kubur kali ini saya kumpulkan sedikit hadits mengenai pertanyaan malaikat kepada simati didalam kubur.Soalan-soalan kubur ini tidak lain adalah menandakan bahawa adanya azab kubur,atau seksaan-seksaan didalam kubur kelak.


Hadits-Hadits Tentang Soalan Kubur 

Dari Asma' r.a katanya:Pada masa (hidup) Rasulullah s.a.w pernah terjadi gerhana matahari. Lalu aku pergi menemui ˜Aisyah dan kudapati dia sedang solat. Aku bertanya kepadanya,Mengapakah orang banyak mengerjakan solat? Dia memberikan isyarat kepadaku dengan kepalanya (mendongak) ke langit. Aku bertanya, Ayat? (tanda kebesaran Allah?) Jawab ˜Aisyah, Ya! Tanda kebesaran Allah! Rasulullah s.a.w lama sekali berdiri (dalam solat), sehingga aku pusing (pening). Lalu aku mengambil air satu qirbah dan kubawa dekat denganku. Kemudian kubasahi kepala dan mukaku. Kata ˜Asma selanjutnya,Ketika Rasulullah s.a.w telah selesai solat dan matahari telah terang kembali, baginda berkhutbah di hadapan orang ramai. Mula-mula baginda memuji dan menyanjung Allah. Sesudah itu baginda bersabda, antara lain:Tidak ada sesuatu pun yang belum pernah kulihat melainkan telah kusaksikan dalam solatku sebentar tadi, syurga dan neraka. Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa kamu semua akan disoal di dalam kubur, atau seperti fitnah (bencana) dajjal. Masing-masing kamu akan didatangi lalu disoal,:Apa pengetahuanmu tentang orang (Muhammad) ini?Orang-orang yang beriman dengan yakin akan menjawab,:Dia adalah Muhammad, Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa keterangan-keterangan dan petunjuk lalu kami terima dan kami patuhi. Pertanyaan itu berulang-ulang sampai tiga kali. Sesudah itu dia disuruh tidur. Katanya,:Kami sudah tahu bahawa kamu betul-betul beriman dengannya.Kerana itu tidurlah dengan nyenyak. Adapun orang-orang yang munafiq dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaan mereka, maka jawab mereka,:Aku tidak tahu apa-apa. Aku dengar orang ramai mengatakan begitu dan begini, lalu kuucapkan pula.[1]

Dua malaikat yang beri tugas untuk menanyakan simati di dalam kubur bahawa mereka berdua adalah hitam dan biru, satunya Mungkar dan yang lain Nakir.

Imam Tirmidzi (1071) meriwayatkan dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu- berkata: Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda:

 ( إِذَا قُبِرَ الْمَيِّتُ أَوْ قَالَ أَحَدُكُمْ أَتَاهُ مَلَكَانِ أَسْوَدَانِ أَزْرَقَانِ يُقَالُ لأَحَدِهِمَا الْمُنْكَرُ وَالآخَرُ النَّكِيرُ ، فَيَقُولَانِ : مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ ؟ فَيَقُولُ مَا كَانَ يَقُولُ : هُوَ عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ . فَيَقُولانِ : قَدْ كُنَّا نَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُولُ هَذَا ، ثُمَّ يُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ سَبْعُونَ ذِرَاعًا فِي سَبْعِينَ ، ثُمَّ يُنَوَّرُ لَهُ فِيهِ ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : نَمْ ، فَيَقُولُ : أَرْجِعُ إِلَى أَهْلِي فَأُخْبِرُهُمْ ، فَيَقُولَانِ : نَمْ كَنَوْمَةِ الْعَرُوسِ الَّذِي لا يُوقِظُهُ إِلا أَحَبُّ أَهْلِهِ إِلَيْهِ حَتَّى يَبْعَثَهُ اللَّهُ مِنْ مَضْجَعِهِ ذَلِكَ .

وَإِنْ كَانَ مُنَافِقًا قَالَ : سَمِعْتُ النَّاسَ يَقُولُونَ فَقُلْتُ مِثْلَهُ لا أَدْرِي . فَيَقُولَانِ : قَدْ كُنَّا نَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُولُ ذَلِكَ ، فَيُقَالُ لِلأَرْضِ : الْتَئِمِي عَلَيْهِ ، فَتَلْتَئِمُ عَلَيْهِ ، فَتَخْتَلِفُ فِيهَا أَضْلاعُهُ ، فَلا يَزَالُ فِيهَا مُعَذَّبًا حَتَّى يَبْعَثَهُ اللَّهُ مِنْ مَضْجَعِهِ ذَلِكَ ) والحديث حسنه الألباني في صحيح الترمذي .


“Apabila simati atau salah seorang dari kalian sudah dikuburkan, ia akan didatangi dua malaikat hitam dan biru, salah satunya Mungkar dan yang lain Nakir, keduanya berkata: Apa pendapatmu tentang orang ini (Nabi Muhammad)?, maka ia menjawab sebagaimana ketika di dunia: Abdullah dan Rasul-Nya, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah. Keduanya berkata: Kami telah mengetahui bahawa kamu dahulu telah mengatakan itu. Kemudian kuburannya diperluas 70 x 70 hasta, dan diberi penerangan, da dikatakan: Tidurlah. Dia menjawab: “Aku mahu pulang ke rumah untuk memberitahu keluargaku”. Keduanya berkata: “Tidurlah, sebagaimana tidurnya pengantin baru, tidak ada yang dapat membangunkannya kecuali orang yang paling dicintainya, sampai Allah membangkitkannya dari tempat tidurnya tersebut”.


Hadits Seksaan Kubur

Apakah perbuatan seseorang yang boleh menyebabkan dia akan mendapat seksa kubur?

Berdasarkan hadis Nabi SAW mereka yang akan mendapat seksa kubur adalah kerana tidak menjaga kencingnnya iaitu ketika buang air kecil tidak basuh dengan bersih hingga menyebabkan wuduk dan solatnya tidak sah disebabkan najis terdapat pada pakaiannya dan suka menghasut atau mengadu domba. (termasuk juga sesiapa yang suka mendedahkan aib orang lain dan membuat fitnah).“

Daripada Ibn Abbas katanya, Rasulullah SAW melalui dekat salah sebuah kebun di Madinah atau Mekah lalu baginda terdengar suara dua orang yang diseksa di dalam kubur mereka. Rasulullah SAW. bersabda: “mereka berdua itu diseksa. Tidaklah mereka berdua itu diseksa kerana perkara yang besar. Kemudian baginda bersabda: “benar sekali, salah seorang daripada mereka tidak menjaga kebersihan daripada air kencingnya dan seorang lagi sering mengacum (menghasut supaya bermusuhan).”


Kemudian Rasulullah SAW meminta supaya dibawakan pelepah tamar kemudian baginda membelahnya kepada dua lalu meletakkannya pada setiap kubur itu. Baginda ditanya; Wahai Rasulullah! Mengapa tuan berbuat demikian? Baginda menjawab: “Semoga itu akan meringankan daripada mereka berdua selagi ia tidak kering atau sehinggalah ia kering.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim


Alam Barzakh

Sebenarnya alam barzakh adalah tempat persingahan sementara sebelumnya berlaku hari kiamat dan berhimpun di Padang Mahsyar. Sesiapa yang sedang berada di alam barzakh akan diperlihatkan setiap pagi dan petang tempat duduknya nanti selepas berlakunya kiamat samaada akan ke syurga atau ke neraka. 

Di alam barzakh sesiapa yang sudah melihat tempatnya di syurga merasakan bahawa alam barzakh adalah seperti taman-taman syurga, sedangkan mereka yang diperlihatkan tempatnya di neraka akan merasakan bahawa alam barzakh adalah seperti lubang-lubang api neraka.

Saidina Uthman bin Affan r.a, pernah berkata,Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya kubur itu adalah penginapan yang pertama antara penginapan akhirat, sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya maka apa yang akan datang kemudiannya adalah lebih mudah lagi. Seandainya seseorang itu tidak terlepas daripada seksaannya, maka yang akan mendatang adalah lebih sukar”.


Firman Allah dalam Surah al-Mukminun;

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -(Al-Mu'minuun 23:99)

"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
(Al-Mu'minuun 23:100)

Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang akan masuk neraka sudah diperlihatkan tempat duduknya nanti di neraka ketika saat kematiannya. 

0 Response to "Soalan pertanyaan Dan Seksaan Kubur wajib tahu!!!"

Post a Comment