Anak Anda Sering Conteng Dinding? Jangan Marah MerEka, Ini Manfaat yang Anda Tidak Tahu!!!

Image result for BUDAK CONTENG DINDING RUMAH


“Hei budak-budak ni… Aku dah belikan kertas, buku, ‘whiteboard’ semua. Tapi, dinding juga yang jadi mangsa. Kenapalah suka sangat anak conteng dinding rumah. Pening kepala nak membersihkan.”
Tarik nafas dalam-dalam. Sebelum anda memarahi anak-anak, ada beberapa perkara luarbiasa yang anda perlu tahu tentang kecenderungan anak conteng dinding.
Mungkin bukan semua ibu bapa boleh menerima kenyataan ini. Namun, hakikatnya menconteng dinding dapat memberi banyak manfaat kepada anak-anak kecil.
Berikut adalah fakta kelebihan anak conteng dinding yang bagus untuk kita tahu.
anak conteng dinding

JANGAN MARAH BILA ANAK CONTENG DINDING, ADA 7 MANFAAT RAMAI TAK TAHU

Ramai tak tahu kelebihan anak conteng dinding ini sebenarnya anak yang cerdas dan bijak. Ini buktinya.
1. MELATIH KEKUATAN OTOT

Perasan tak, apabila anak suka menulis di dinding, mereka akan berdiri, membongkok, melutut, duduk, atau bercangkung.
Semua posisi ini bukan saja menjadikan anak lebih cergas, tetapi ia dapat melatih kekuatan otot abdomen dan belakang berbanding apabila mereka hanya menulis pada kertas.
Kekuatan pada pergelangan tangan juga akan berkembang selari dengan kawalan motor untuk menjadikan lebih mahir menulis dan memegang.
anak mudah mengalah
Foto Kredit: famlii.com
2. KOORDINASI TANGAN & MATA

Dengan permukaan yang lebih luas, mereka cenderung untuk melukis pada skala yang lebih besar.
Maka, keseluruhan anggota lengan, bahu, tangan dan mata akan bekerja dengan lebih keras.
Aktiviti ini akan melatih anak-anak mengkoordinasikan pergerakan tangan dan mata dengan lebih baik. Menurut Dr Rozieta Shaary atau dikenali sebagai Ibu Rose, ini adalah salah satu tahap perkembangan skil motornya. Tahap ini juga biasanya sementara dan patut ditahan oleh kedua ibu bapa.
Apabila anak conteng dinding, biasanya mereka akan menggunakan kedua belah tangannya termasuklah anggota tubuh yang lain. Ahli terapis kanak-kanak, Page Hays menyifatkan bahawa aktiviti ini sebenarnya dapat menggalakkan integrasi bilateral dan kebolehan untuk mencapai pada permukaan yang lebih luas (body midline skill).
Hasilnya, pergerakan anak-anak akan menjadi lincah. Mereka dapat menendang bola tanpa menukar kaki, boleh menulis dengan lebih baik, lebih mudah membaca,serta mampu melakukan aktiviti mengurus diri dengan lancar seperti memakai kasut, membutang baju, menggunakan gunting, dan sebagainya.

3. MENINGKATKAN KREATIVITI

Menconteng dinding adalah salah satu tindakan mengekspresikan diri mereka seluas-luasnya. Berbanding pada kertas yang kecil, mereka akan berasa lebih bebas apabila melukis pada permukaan kanvas yang besar dan senang dilihat.
Mungkin ada yang main cikgu-cikgu, ada yang hasilkan lukisan imaginasi, membuat bentuk, ada yang nak menulis huruf atau nombor.
Walau apapun yang mereka contengkan, mempamerkan hasil seni ini tentunya membuat mereka berasa lebih terdorong dan bersemangat untuk meneroka potensi diri.
anak conteng dinding
Foto Kredit: enfemenino.com
4. MENGEKSPRESI DIRI

Setiap anak kecil mempunyai cara tersendiri untuk menyatakan sesuatu yang terbuku dalam hati mereka –  ada yang suka berbual, menyanyi, bercakap dengan anak patung, atau mungkin ada yang suka melukis dan menconteng dinding.
Bagi setiap insan, amat penting mengekspresikan diri kerana ia adalah salah satu bentuk komunikasi untuk meluahkan perasaan.
Selain itu, tindakan ini turut memberi rasa ‘selamat’ kepada si anak. Sekiranya dimarahi dan ditahan daripada melakukannya, anak ini akan rasa tidak didengari dan kurang yakin terhadap diri sendiri.
cara atasi anak menangis

5. PRAKTIS POSTUR YANG BAIK

Ada anak-anak yang tidak suka duduk di tempat yang dikhaskan seperti kerusi dan meja atau lantai apabila melukis dan menulis. Ini kerana, mereka berasa tidak selesa akibat postur yang tidak sesuai.
Sebaliknya, posisi menegak (upright position) pada dinding membantu anak-anak mengekalkan posisi kepala dan leher pada tahap yang sesuai secara automatik.
Menurut Bright Hub Education, perkembangan kemahiran visual (visual skill development) juga dapat ditingkatkan kerana mereka mudah melihat apa yang telah dilukis. Maka, mereka lebih peka meneliti dan mengimbas perincian pada sesebuah objek.

6. MOTIVASI UNTUK BELAJAR MENULIS

Bukan senang nak melihat anak menulis apabila kita menyuruh mereka berbuat demikian. Setiap kali memandang buku tulis, muka mereka pun mulalah monyok. Konsentrasi mereka pun sebentar saja.
Tetapi, apabila diberi peluang menulis pada dinding, mereka akan lebih bersemangat. Mengapa?
Sebab kebanyakan anak kecil suka bermain dan mengaitkan aktiviti menulis dengan ‘belajar’ atau sesuatu yang membosankan. Jadi, inilah peluang kita untuk memupuk minat menulis melalui aktiviti yang seronok!

7. LEBIH DAYA TUMPUAN & KONSENTRASI

Dengan permukaan yang luas, menegak dan betul-betul di hadapan mereka ini, konsentrasi akan lebih mudah tertunpu ke satah tersebut.
Jadi, tidak hairanlah teknik ini telah sekian lama digunakan untuk menggalakkan perkembangan anak-anak yang bermasalah dalam pembelajaran seperti ADHD atau autisme, seperti yang dinyatakan melalui ChildSupport.org.
kanak-kanak disleksia

SEDIAKAN MEDIUM YANG SESUAI

Ternyata, banyak kelebihan yang boleh didapati daripada aktiviti menulis pada kanvas menegak (vertical surface) atau ‘menconteng dinding’ ini.
Sebagai ibu bapa, anda boleh mencari medium yang sesuai seperti pen yang mudah dipadam, kertas/kanvas yang sesuai ditampal pada dinding, atau easel tempat menggantung kanvas. Ini akan menggalakkan anak anda ‘explore’ lebih lagi dan mencipta potensi diri.
Jadi, jangan marah ya kalau nampak mereka conteng dinding di rumah

0 Response to "Anak Anda Sering Conteng Dinding? Jangan Marah MerEka, Ini Manfaat yang Anda Tidak Tahu!!!"

Post a Comment