Benarkah Kuning Telur Memudaratkan Kesihatan?



Ramai diantara kita menganggap putih telur lebih berkhasiat berbanding kuning telur.Ini kerana dikatakan kuning telur mengandungi tahap dan kandungan kolesterol yang tinggi.Ternyata tanggapan itu tidak benar dan mengelirukan.

Menurut laman sesawang HEALTH, kolesterol merupakan salah satu penyebab utama yang boleh menyumbat arteri jantung.Akan tetapi dari sudut lainnya,menunjukkan kuning telur memiliki khasiat yang lebih berbanding putih telur.

Kuning telur dikatakan turut memiliki khasiat dan manfaat untuk meningkatkan kadar kolesterol HDL yang terkait dengan rendahnya risiko penyakit jantung.

Menurut kajian,ternyata kuning telur kaya dengan Lutein Karotenoid dan Zeaxanthin, yang membantu mengekalkan kesihatan mata dan meningkatkan daya tahan penyakit.Tidak hairanlah pakar pemakanan menyarankan setiap orang harus memakan telur sekurang kurangnya dua kali sehari.

Dua telur besar mengandungi 143 kalori , 13 gram protin dan hampir 10 gram lemak.

Satu kajian telah dilakukan dan membuktikan bahawa setiap orang yang memakan telur bersama sayur salad mentah, tubuh mereka akan menyerap 9 kali Karotenoid, termasuk Lutein dan Zeaxanthin dari telur dan Alpha Karoten, Beta Karoten dan Lycopene dari sayuran.

Menurut penulis Jung Eun Kim dari Purdue University,mungkin tidak ada lemak yang terkandung didalam putih telur.Akan tetapi,kuning telur lebih memiliki khasiat yang banyak dan tahap gizi yang tinggi berbanding putih telur.

Pakar pemakanan menyarankan jangan sesekali tinggalkan kuning telur.Memakan kuning telur ternyata membawa khas yang banyak dan menyihatkan.

Sumber : Liputan6

0 Response to "Benarkah Kuning Telur Memudaratkan Kesihatan?"

Post a Comment