Masih ramai yang mempersoalkan hukum mengedarkan air zam zam dan mengambil upahnya. Kami pihak zam-zam.my telah membuat kajian menyeluruh sebelum memulakan perniagaan air zamzam. Berikut merupakan sumber-sumber yang membenarkan pengedaran air zam-zam.
Hukum berjual beli air zam zam adalah harus. Tiada nas-nas atau dalil-dalil yang khusus mengharamkannya. Penghantaran dari Mekah,Saudi Arabia, pembotolan semula, pengangkutan dan kos-kos yang lain adalah antara kos-kos yang perlu dibayar untuk memudahkan umat Islam di Malaysia menikmati air zam zam tanpa perlu pergi ke mekah, Saudi Arabia.
Antara yang telah memfatwakan keharusan berjualbeli air zam zam adalah Mufti Negara Brunei Darussalam.
Fatwa Jabatan Mufti Negara Brunei 1994:
Adalah harus memindahkan Air Zamzam dari Makkah atau tanah haram kepada tanah halal atau keluar dari Makkah. Air Zamzam ini banyak mempunyai kelebihan sebgaimana yang diterangkan dalam hadis-hadis, kerana itu orang-orang Islam mengambil manfaat daripada kelebihan Air Zamzam itu.
Setakat ini kita belum jumpa keterangan khusus mngenai hukum jual beli Air Zamzam itu. Bagaimanapun berdasarkan kaedah :
اَلأَصْلُ فِى الأَشْيَاءِ الِإبَاحَةُ , حَتَّى يَدُلُّ الدَّلِيلُ عَلَى التَّحْرِيمِ
Ertinya : “ Asal suatu perkara itu adalah harus, sehingga ada dalil syara’ yang mengharamkannya.”
Maka berdasarkan kaedah ini, harus Air Zamzam itu diperdagangkan atau dijual dan dibeli.
(Sumber: Mufti Selangor)

0 Response to "HUKUM Menjual Beli Air Zam Zam menurut JAKIM sila ambil perhatian"
Post a Comment