Netizen Puji Peserta Demo Desak Gabenor Hina Islam Di Indonesia Utamakan Kebersihan


JAKARTA - Beberapa gambar dan video peserta demonstrasi mengutip dan menyapu sampah di negara jiran, viral di media sosial dan dipuji netizen. 

Difahamkan, lebih 100,000 peserta yang turun semalam bagi mendesak Gabenor Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok, yang didakwa telah menghina Islam letak jawatan dan dikenakan tindakan undang-undang. 

Dalam pada masa yang sama, terdapat segelintir peserta juga menaikkan sepanduk memberikan peringatan agar para peserta yang lain tidak lupa menjaga kebersihan sepanjang demonstrasi berkenaan kerana agama Islam mementingkan soal kebersihan. 

Seruan itu diterima baik dan ada yang bertindak mengutip sampah seperti botol air, kertas, straw bagai dan dikumpulkan dalam plastik sampah sebelum diikat dan dilonggokkan pada satu tempat bagi memudahkan pekerja pembersihan datang mengutipnya. 

Foto - Ridho Achmad

Foto - Ridho Achmad

Foto - Ridho Achmad

Foto - Ridho Achmad

Foto - Ridho Achmad

Foto - Ridho Achmad

Foto - Ridho Achmad
Malah, ada beberapa peserta membawa plastik sampah sambil berjalan mengikut demonstrasi berkenaan agar tiada peserta yang membuang sampah sewenang-wenangnya. 

Menurut seorang netizen, tindakan itu diambil kerana mereka tidak mahu media memutar-belitkan fakta dan menyalahkan peserta demonstrasi atas tuduhan mengotorkan tempat demonstrasi. - The Reporter

0 Response to "Netizen Puji Peserta Demo Desak Gabenor Hina Islam Di Indonesia Utamakan Kebersihan"

Post a Comment