Penemuan Kubur Muslim Tahun Masihi Bukti Kesempurnaan Agama Islam..info menarik!!

Ahli antropologi Perancis percaya mereka telah menemui tanah perkuburan kurun ke-8, perkuburan tertua Islam di Eropah. Ia merupakan kali pertama para saintis mendapat bukti arkeologi terhadap kehadiran Islam di Eropah pada masa tersebut.


Penemuan itu dinyatakan oleh sepasukan ahli arkeologi Perancis dalam satu artikel pada PLoS One berlaku di bandar Nimes: ahli arkeologi menggali kawasan tanah perkuburan untuk tiga orang yang dipercayai beragama Islam. Analisis radiokarbon menunjukkan mayat tersebut dikebumikan antara kurun ke-7 hingga kurun ke-9. Penemuan unik itu dikaitkan dengan kehadiran Islam di selatan Perancis pada 720 hingga 760 Tahun Masihi, yang dinyatakan dalam teks sejarah.

Sebelum ini, tanah perkuburan Islam kurun ke-12 dan ke-13 ditemui di Eropah.


Terdapat alasan untuk mempercayai bahawa mayat itu adalah mereka yang beragama Islam. Kesemua tiga mayat ditanam mengikut amalan Islam, seperti mayat tersebut dikafankan dan diiringkan ke sebelah kanan serta dihadapkan ke arah Mekah.

Saintis mencadangkan tanah perkuburan itu juga ditemui dalam kalangan mereka yang beragama Kristian, yang membayangkan secara am Islam diterima oleh penduduk tempatan dan menyatakan mayat mereka dikendalikan dengan penuh hormat dan tiada sebarang tanda-tanda keganasan terhadapnya. "Malah, penemuan upacara pengkebumian menurut amalan Islam menunjukkan bukti kehadiran sabuah komuniti yang biasa dengan amalan Islam di Nimes ketika itu," kata penyelidikan tersebut.

Alasan lain untuk mempercayai bahawa mayat-mayat itu era penaklukan Arab pada kurun ke-8 ialah penyelidikan genetik yang menunjukkan penjejakan hubungan keturunan di utara Afrika. 'Dengan semua data yang ada, kami mencadangkan tulang-tulang dari tanah perkuburan Nimes adalah milik Berbers (kumpulan etnik di utara Afrika) digabungkan dengan tenteri Bani Umaiyah semasa pengembangan Arab di utara Afrika," tulis para saintis.

Suku Barber merupakan satu kumpulan yang digabungkan dengan bangsa Arab dalam Bani Umaiyah yang berkembang di kawasan utara Afrika dan sebahagian Eropah dan mengajak beberapa suku memeluk Islam. Tentera Bani Umaiyah menyeberangi Pyrenees pada 719 Tahun Masihi dan menakluk selatan Perancis daripada suku Gothic yang mendiami bandar Nimes sejak kurun ke-5. Bani Umaiyah diusir daripada wilayah itu pada 760 Tahun Masihi, kata teks sejarah, menamatkan penaklukan untuk tempoh singkat dan meninggalkan sedikit bukti tentang kehadiran mereka..

0 Response to "Penemuan Kubur Muslim Tahun Masihi Bukti Kesempurnaan Agama Islam..info menarik!!"

Post a Comment