Perbezaan Amen, Ameen & Amin wajib tahu!!semoga bermaafaat


Image result for AMIIN KHAT 
Sebelum ini isu jangan guna salam dalam sms. Sekarang timbul isu baru iaitu jangan guna perkataan amen, sebaliknya guna perkataan amin bagi membezakan orang Islam dan orang kristian. Persoalannya, apakah perbezaan di antara perkataan "amen", "ameen", dan "amin" kepada perterjemahan dalam bahasa Melayu? Jawapannya tiada beza. Yang bebeza ialah orang yang berilmu dan tidak berilmu.

Adakah kita tahu dan faham persamaan dan perbezaan di antara agama Islam, Yahudi dan Nasrani? Apakah persamaan di antara agama Islam, Yahudi, dan Nasrani? Jawapannya ketiga-tiga agama ini mengiktiraf kewujudan Allah sebagai Rabb. Apakah yang berbeza di antara ketiga-tiga agama tersebut? Jawapannya islam mengiktiraf Allah sebagai Rabb dan Ilah sedangkan yahudi dan nasrani hanya mengiktiraf Allah sebagai Rabb tetapi tidak sebagai Ilah. Berbezakah Rabb dengan Ilah sedangkan di dalam bahasa Melayu terjemahannya membawa maksud yang sama iaitu Tuhan. Rabb di dalam bahasa Arab membawa maksud tuhan yang mencipta, tuhan yang memiliki dan tuhan yang mentadbir sekelian alam. Ilah pula bermaksud tuhan yang selayaknya, yang berhak disembah, yang tidak ada sekutu bagiNya. Inilah masalah dalam penterjemahan. Sekiranya terjemahan dilakukan secara terus, tanpa dijelaskan maksud sebenar yang ingin disampaikan, maka masalah seperti ini akan timbul.

Berbalik kepada isu amen, ameen, dan amin, ini adalah "perkara khilaf" dalam penterjemahan dari tulisan arab kepada rumi melayu tetapi tidak berlaku jika diterjemahkan kepada tulisan jawi melayu. ini bukanlah isu ejaan tetapi makna yang ingin disampaikan di sebalik ejaan tersebut. Sebagai contoh, mereka yang bernama Sidek sebenarnya diambil dari perkataan arab iaitu "siddiq" yang membawa maksud benar. Persoalannya, adakah nama tersebut diberi secara suka-suka ataupun sebenarnya ia membawa kepada maksud benar seperti yang terdapat dalam bahasa Arab? Orang melayu boleh mengeja dengan baik nama gelaran yang diberi kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq namun, gagal berbuat demikian mengeja nama yang membawa maksud sama kepada anak mereka. Adakah nama Sidek adalah merujuk kepada gelaran "siddiq" yang diberikan kepada Saidina Abu Bakar ataupun orang yang mencetuskan ejaan tersebut mempunyai perkara lain yang ingin disampaikan? Begitu juga dengan nama "Faruq", yakni gelaran yang diberikan kepada Saidina Umar Al-Khattab Al-Faruq. adakah ejaan faruk, faruq, farouq, atau faroq mempunyai maksud yang berbeza ataupun sebenarnya diambil bersempena dengan gelaran yang diberikan terhadap Saidina Umar? Sekiranya perkataan amen, ameen dan amin merupakan isu yang sangat besar, maka adalah lebih baik untuk kita menyemak ejaan nama kita, adakah ia selaras dengan maksud yang terdapat dalam bahasa Arab.

Akhir kalam, dalam membincangkan perkara seperti ini, kita memahami tentang sesuatu isu secara ilmu dan bukan dengan andaikan dan sangkaan kerana perdebatan yang demikian itu boleh membawa fitnah kepada mereka yang tidak faham landasan ilmu. Jangan kita cepat menuduh perkara itu dan ini adalah amalan orang yahudi dan nasrani tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Segala yang baik datang dari Allah, yang kurang adalah kerana kelemahan dan kejahilan saya. Semoga huraian dan penjelasan yang sedikit ini dapat menerangkan perkara yang kabur, merungkai yang serabut dan menjernihkan yang keruh.

Wallahu a'lam.

0 Response to "Perbezaan Amen, Ameen & Amin wajib tahu!!semoga bermaafaat"

Post a Comment