loading...

RUPA MANUSIA YANG DI HALAU DI PADANG MAHSYAR...


RUPA MANUSIA YANG DI HALAU DI PADANG MAHSYAR...


- Ditukar rupa menjadi wajah kera.
Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.

- Ditukar rupa menjadi wajah babi.
Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.

- Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah.
Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.

- Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring).
Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.

- Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal.
Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.

- Dihalau dalam keadaan
mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan...

Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan
dengan perbuatannya.

-Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki
dan tangan.

Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.

-Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka.

Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak
jujur kepemimpinannya.

- Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan
pakaian yang panas.

Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong
dan bongkak.

Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa
walaupun ketika berada didalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia. Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Allah
telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126
bermaksud: "Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman:
"Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kau melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan."

Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang Mahsyar, jangan sekali-kali menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah berlaku. Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam al-Quran ia pasti
berlaku.

Firman itu bermaksud: "Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu)
Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka."

*BERSAMA-SAMALAH
KITA BERDOA MOGA KITA
TIDAK TERGOLONG DALAM
KALANGAN
TERSEBUT........

0 Response to "RUPA MANUSIA YANG DI HALAU DI PADANG MAHSYAR..."

Post a Comment