11 PUNCA BUAH PINGGANG ROSAK YANG BOLEH DIELAKKAN mohon share!!!

Selepas menamatkan pengajian dalam bidang Renal (buah pinggang) untuk post-basic (post-basic ialah program untuk jururawat dan paramediks di Malaysia untuk menentukan pengkhususan, kiranya pakar dalam bidang itulah), adik saya tak habis-habis cadangkan untuk kami buka pusat dialisis suatu hari nanti.

Katanya untung sangat buka pusat dialisis ni, sebab setiap hari orang akan datang cuci buah pinggang. Seorang pesakit buah pinggang paling kurang perlu cuci 3 kali seminggu, ada yang sampai setiap hari. Jadi, memang boleh buat duit.

Duit, duit juga. Memang untung sangat boleh buat duit. Tapi, kita ni manusia juga. Setiap hari tengok betapa susahnya orang nak cuci buah pinggang. Nak kena cucuk setiap kali nak cuci, apalagi kalau melibatkan ahli keluarga sendiri. Alhamdulillah, setakat ni ahli keluarga saya masih bebas daripada penyakit buah pinggang.

Mengalami kerosakan buah pinggang memang tidak dipinta oleh sesiapa pun, tapi gaya hidup kita boleh mengubahnya. Saya tidak mahu kehidupan saya berakhir begitu dan kalau boleh saya juga tidak mahu orang sekeliling saya mendapat nasib seperti itu. Kena cuci buah pinggang bererti kehidupan sangat terbatas. Nak pergi mana-mana pun susah, kecuali ada mesin dialisis yang portable yang boleh dibawa ke mana-mana.

Saya nak berkongsi 11 faktor yang menyebabkan buah pinggang boleh rosak, supaya kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga dan menjaga buah pinggang sebaiknya.

1. Kerap tahan kencing

2. Kurang minum air

3. Suka makan makanan masin

4. Suka minum minuman bergas atau berkarbonat

5. Kerap terkena jangkitan kencing dalam erti kata lain tidak menjaga kebersihan anggota kencing dengan baik dan tidak dirawat dengan sempurna. Ini salah satu masalah kebanyakan pesakit saya kerana setiap kencing kotor akan diberi antiobiotik yang perlu dihabiskan mengikut masa. Ada yang makan sesuka hati dan ada yang sengaja makan separuh. Antibiotik yang tidak dimakan dengan betul lebih buruk kesannya daripada tidak mengambil antibiotik langsung.

6. Kerap makan daging merah dan makanan laut yang tinggi kandungan asid urik.

7. Merokok

8. Kerap makan pil tahan sakit

9. Minum alkohol berlebihan

10. Penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal

11. Obesiti dan penyakit metabolik.

Kepada sesiapa yang ada masalah seperti diatas, ketahuilah kesemua itu kita boleh elakkan. Jadi, amalkan gaya hidup yang sihat dan jagalah kesihatan buah pinggang masing-masing. Kita ada 2 sahaja buah pinggang setiap orang. Kalau rosak 1, mungkin 1 lagi boleh ambil alih. Kalau dah tinggal 1, mesin nak ambil alih?

Mereka yang berpenyakit kegagalan buah pinggang tak diwajibkan pergi haji menurut muzakarah kebangsaan dan Lembaga Tabung Haji juga tidak membenarkan mereka ikut. Memang sedih menghadapi pesakit buah pinggang yang teringin sangat pergi haji sampai tak tulis penyakitnya, tapi doktor boleh kenal tau.

Jadi, jaga kesihatan buah pinggang, semoga kita tergolong dalam golongan yang berpeluang menunaikan ibadah haji. Tapi, in sha Allah, masih ada jalannya. Setiap sakit yang Allah turunkan, diturunkan sekali dengan ubat. Baik sangat Allah. Jadi, boleh klik link ini untuk membaca harapan baru untuk pesakit kegagalan buah pinggang yang sedang dialisis.

Image result for dialysis

0 Response to "11 PUNCA BUAH PINGGANG ROSAK YANG BOLEH DIELAKKAN mohon share!!!"

Post a Comment