4 Faktor Penyebab Gangguan Saka Yang Ramai Tak Tahu

Adakah anda mempunyai saka? Atau mungkin keluarga anda mempunyai saka? Apakah saka? Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda 4 faktor yang meningkatkan risiko seseorang itu mendapat gangguan saka.

Gambar Hiasan


Saka adalah kontrak (perjanjian) mistik yang berlaku biasanya melibatkan orang-orang dahulukala seperti tok ataupun nenek moyang kita dengan makhluk jin. Ada pelbagai tujuan mereka ini melakukan perjanjian tersebut, antaranya:

kecantikan
perlindungan
kekuatan
pertolongan
Faktor Penyebab Saka
Dalam masyarakat kita terutamanya bagi orang Melayu, kita boleh mengkategorikan diantara faktor-faktor penyebab hadirnya saka ialah seperti di bawah :-

1. Terlibat dengan ilmu dan amalan salah dan sesat yang meilbatkan penggunaan jin dan syaitan

2.  Akibat perbuatan sihir pada sesetengah orang juga merupakan antara faktor utama. Apabila seseorang dikatakan terkena buatan sihir jahat tidak kiralah atas sebab apa, maka mereka pastinya akan berubat untuk membuang segala kesakitan yang melibatkan jin dan syaitan. Dengan izin Allah ramai diantara mereka sembuh, tetapi kemungkinan yang berlaku masih terdapat sisa atau baki unsur-unsur sihir dalam jasad mereka tanpa disedari sebab jin dan syaitan hanya menumpang duduk tanpa menyakiti.

3.  Disebabkan ada jin atau syaitan yang marah (atas sebab tertentu) atau sengaja untuk menggoda dan merosakkan berbagai kepentingan kehidupan manusia. In imudah berlaku sebab jin dan syaitan sifatnya berkeliaran dan ada di mana-mana tempat dan mudahlah untuk mereka memasuki tubuh manusia.

4.  Manusia yang terlibat dengan dosa besar seperti berzina, lesbian, gay, berjudi, minum arak dan sebagainya sehingga menjadi ketagih maka tidak mustahil saka jahat ini akan diwarisi oleh anak-anak mereka. Perbuatan jahat dan dosa besar ini mestilah disebabkan dengan hasutan jin dan syaitan yang telah berjaya menakluki hati dan manusia tersebut.

Sumber: zainizainal

0 Response to "4 Faktor Penyebab Gangguan Saka Yang Ramai Tak Tahu"

Post a Comment