KENA TUNGGU BISUL MASAK BARU PICIT DOKTOR DEDAHKAN AMALAN TUNGGU BISUL MASAK BOLEH BAHAYAKAN KESIHATAN

Anda Sedia BERPERANG! Jadilah GENERAL yg BIJAK. Musuh tu hanya di badan anda..iaitu BISUL si durjana. Banyaknya kes BISUL di klinik doc hari ni. Doc sembelih/bedah buang bisul tu. Buat dressing tiap hari sampai ok.
bis
Tau tak mengapa stgh org kena bisul, stgh lagi tak?
  1. Apa tu bisul?
    Bisul adalah benjolan merah pd kulit yg sakit & berisi nanah. Ia akibat infeksi bakteri pd folikel/lubang bulu badan dikulit kita.
Ni Doc nak cerita sikit Step2 terbentuk bisul.
  1. Badan anda ada tahanan atau TENTERA atau antibodi/immunity supaya kulit anda cantik segar selalu. Klu le TENTERA anda lemah hihihi kuman atau MUSUH akan attack/serang le anda. Leh tu anda mesti jadi GENERAL yg BIJAK bagi 1 batalion TENTERA untk jaga tubuh badan anda! Klu batalion anda X kuatkalah le anda. Klu dah kibar BENDERA PUTIH jadi le bonjolan merah pd kulit anda yg asalnya mendatar. Ia dipanggil CELULITIS. atau kulit merah merinin!!
    2.Kulit di sekitar BENJOLAN tu mkin merah, bengkak, & terasa hangat jika disentuh sbb infeksi sbb di situ le tempat petempuran dlm MEDAN PEPERANGAN.
    3. Di medan peperangan tu TENTERA anda aitu CELL DARAH PUTIH lawan mati-matian dgn musuh KUMAN. ramai terkorban dikedua2 belah pihak. Maka BENJOLAN bertambah besar & berisi NANAH.. iaitu titik putih di bagian puncak benjolan.Ia terdiri drp Tentera2 & musuh2 yg TERKORBAN dlm peperangan tersebut. HihihiKlu batalion anda kuat & MENANG ini bisul tak terjadi anda terus sehat kembali ! MERDEKA! MERDEKA!!
    4. Klu batalion anda lemah & KALAH Terima le PADAHnya!! :>>>
    Bisul tu memBESAR lgi sakit! Dari saiz Bukit Bendera ke saiz Genting Highland. Lama2 jadi Gunung Kinabalu. Apa lagi tunggu MELETUP je. Klu meletuphihihi habis lava gunung (nanah) tu terhembur2 keluar dgn darah sekali sampai meleleh le.baru rasa lega nu.
    5.Klu batalion anda kalah lagi, anda sbgai General minta le bantuan. Klu nak Musuh akan attack Penang( kawasan punggung dipaggil: BISUL) . Lepas tu merebak & attack Selangor ( bisul kawasan mata : dipanggil KETUMBIT) dan terus ke PUTRA JAYA ( Bisul Kawasan kepala dipanggil di panggil : SAWAN). Nama je lain tpi benda tu sama BISUL juga. Anda Sbgai General yg bijak tambah je TENTERA ELITE tambahan nihihihi iaitu mkn le ANTIBIOTIK untuk lawan kuman bersama darah putih anda.
Tu le silap kita terpengaruh org dulu2. Depa kata: Klu ada bisul, tunggu bagi MASAK dulu atau tunggu ada PUNAT dulu. Fikiran yg kolot ni JANGAN TURUTI. klu bisul dah BESAQ & MEREBAKsapa yg sakit? Anda Org yg kena busul ke? atau org yg nasihat suruh bagi bisul tu masak ke? Ada pi tambah BAJA lagipi buh rumput le, kunyit le, sarang serangga angkut2leaduuh busul lagi MENGGANAS!!
6.Lagi satu, Klu batalion anda kalah cari le MUSUH dlm SELIMUT. Ni le yg kita marah ni yg DURHAKA pd negara.. hihihi musuh dlm selimutSI KENCING MANIS. Gula dlm badan ni boleh bagi BAJA untuk MUSUH kuman bisul tu biak lalui darah ke lokasi lain. Ia boleh pi mana pun boleh..ke tulang, jantung dan ke otakMAUT!!.
7.Waspada musuh negara durjana ni KUMAN amat bahaya!! Nama GENERAL MUSUH anda di bisul adalah bakteria Staphylococcus Aureus. Bakteri ni dpt temukan pd kulit anda sentiasa. Hanya tunggu nak attack anda bila PERTAHANAN anda LEMAH! Be Alert selalu ye!!
Harap anda faham EXPLANATION doc.
  1. Cara merawat bisul.
    1. Penting jaga kebersihan kulit anda. Jangan MANDI KERBAU cukup le.
    2. Mkn ubat tahan sakit & demam jika perlu. Antibiotik diberi doktor.
    3.Klu bisul pecah..cuci dgn air suam, Dettol atau EUSOL.
    4. Picit keluar semua nanah & tutup dgn Gauze/ kain sterile. Gantikan gauze jika di basahi nanah.
    5 Jangan lupa cuci tangan dgn air & sabun sebelum & selepas dressing bisul.
    6. Klu bisul tak pecah, doc/ doktor anda akan buat hirisan/bedah & buangkan nanah tu dlm keadaan bius. Klu tak bisul tu nanti merebak ketempat lain.
Jaga kesihatan anda ya. Bestnya jika kita sehat nu!! Alhamdulillah. MERDEKA! MERDEKA!!
Kredit: Dr. Abdul Rahim

0 Response to "KENA TUNGGU BISUL MASAK BARU PICIT DOKTOR DEDAHKAN AMALAN TUNGGU BISUL MASAK BOLEH BAHAYAKAN KESIHATAN"

Post a Comment