5 Makanan Ini Penyebab Kulit Muka Berminyak No. 5 Tu Memang Ramai Tak Tahu

Mesti ramai yang mengalami masalah kulit berminyak ini kan tak kira baik lelaki mahupun perempuan kan? Selain dari rasa ketidak selesaan dan ada juga yang di sindir rakan sebab minyak dekat muka tu boleh di buat mengoreng telur… Ada ka patut depa cakap macam tu.. tak patut…

Muka berminyak ini adalah antara penyebab besar masalah jerawat kerana minyak atau sebum yang di rembeskan liang roma itu akan membeku di dalam liang roma dan kekotoran dari debu dan sel skulit mati dari wajah juga akan terkumpul, secara tak langsung akan menyebabkan jangkitan bakteria dan terjadilah jerawat!

1. Makanan bergoreng minyak

5 Makanan Ini Penyebab Kulit Muka Berminyak No. 5 Tu Memang Ramai Tak Tahu


Makanan berminyak akan memburukkan keadaan kulit berminyak anda dan mendorong kelenjar kulit mengeluarkan lebih banyak minyak. Disebabkan rasanya yang lebih lazat, memang sukar bagi hampir daripada kita semua untuk meninggalkan tabiat memakan makanan goreng dalam jumlah kandungan yang banyak. Lagi-lagi kalau dapat free, sape nak tolak kan?Jadi kalau dah muka berminyak tu kena la kurangkan makanan berminyak kan.

2. Daging Merah



Daging merah kaya dengan lemak trans yang memperbanyakkan rembesan minyak pada kulit. Cuba hadkan pengambilan daging merah dan gantikan dengan ayam atau ikan. Sebaiknya masakan ayam atau ikan itu kurang berminyak itu lebih baik.

3. Produk tenusu


Susu dan produk bersusu juga meningkatkan risiko kulit berminyak. Produk susu menyebabkan hormon menyumbat pori-pori dan buatkan kulit lebih berminyak. Apabila pori tersumbat bukan sahaja mudah berjerawat, malah bintik hitam dan putih juga akan terhasil.

4. Makanan & Minuman Manis


Siapa yang suka minum dan makan benda manis-manis? Makanan manis akan mengubah kadar glukos darah dan menyebabkan pengeluaran minyak berlebihan. Dan jangan lupa boleh menyebabkan diabetes… so kurangkan manis ok.

5. Makanan Kaya Karbohidrat


Makanan karbohidrat pun boleh jadi punca? Ya, makanan ini mempunyai indeks glycemic yang tinggi dan cenderung untuk meningkatkan pengeluaran minyak pada kulit. Jadi kurangkan sedikit, dan lebihkan buah-buahan dan sayuran.

0 Response to "5 Makanan Ini Penyebab Kulit Muka Berminyak No. 5 Tu Memang Ramai Tak Tahu"

Post a Comment