loading...

7 MAKHLUK HALUS SERATA DUNIA YANG SUKA MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM DENGAN MANUSIA wajib tahu!!!

gambar-gambar dari merdeka.com

Baru-baru ni saya pergi mengikut salah seorang kenalan (perempuan) pergi berubat di sebuah pusat perubatan islam.Kenalan saya ni dakwa dia kerap diganggu dan dapat rasakan ada benda tak elok sedang mendekatinya..Mengejutkan bila ustaz tersebut kata apa yang dirasakan itu sebenarnya adalah gangguan dari hantu raya.Benda tu  sangat suka kan perempuan ni dan selalu tidur bersama-sama kenalan saya ni.Cuma belum sampai ke tahap dia melakukan hubungan intim saja dengan perempuan ni,

Mesti ada ramai lagi yang pernah melalui apa yang kenalan saya ni alami.Tapi tahu tak yang dinegara lain pun benda-benda dan perkara macam ni terjadi.Makhluk halus yang meniduri manusia yang didampingi atau yang melakukan hubungan intim dengan manusia...tapi diaorang tak la panggil makhluk ni sebagai hantu raya ke, orang minyak ke..kan??.makhluk ni ada nama-namanya tersendiri.

1-Trauco and La Fiura


Mahluk halus ini berasal dari Chiloé, sebuah pulau di Chile bahagian selatan. Mahluk halus ini mempunyai punya kekuatan dengan tatapan mata untuk menawan  wanita sebelum berhubungan seks dengan mereka.Mahluk halus ini digambarkan berwajah hodoh dan berbentuk seperti Goblin dengan memakai penutup kepala dan jubah. Mahluk halus ini berkomunikasi dengan berdengus.
Ada beberapa cerita mengatakan mahkluk halus ni boleh membuat wanita hamil dengan tatapan matanya sahaja tanpa perlu berhubungan terus dengan mangsa..

2-Succubus dan Incubus



Succubus adalah mahluk halus wanita yang cantik menarik yang boleh menggoda lelaki untuk berhbungan seks dengan nya.Konon mahluk halus ini dikatakan sebagai refleksi dosa manusia yang berhubungan dengan seks dengan wanita wanita.

Incubus pula adalah versi lelaki dari Succubus. Incubus akan merasuk mangsanya dan membuat mangsanya hamil. Apabila bayi tersebut lahir, bayi itu tidak akan tidak memiliki denyut nadi dan tidak bernafas sehinggalah usia nya 7 tahun.Selepas usia 7 tahun barulah bayi tersebut menjadi normal dan bayi tersebut mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi.Menurut lagenda Merlin adalah bayi hasil hubungan incubus dengan mangsanya.

3-Popobawa



Popobawa adalah mahluk halus bermata satu yang memiliki alat sulit yang besar. Kononnya  mahluk halus ini suka menjadikan  lelaki dan wanita di Afrika sebagai mangsanya. Ianya mampu merubah rupa menjadi manusia dan haiwan.Makhluk ini menjadikan sesiapa saja sebagai mangsanya dari lelaki, wanita sehingga lah kanak-kanak.

4-Lilu dan Lili




Dalam cerita rakyat Yahudi, Lilu (lelaki) dan Lili (perempuan) adalah syaitan yang suka menghampiri wanita ketika mereka sedang tidur.. Makhluk halus ini sangat ditakuti kerana ia suka menculik kanak-kanak. Lilu dan Lili akan mendekati mangsanya pada waktu  malam untuk melakukan hubungan seks dengan mangsa demi menyambung keturunan mereka

5-Liderc



Di daerah utara Hungary,mahluk halus yang disebut Liderc menetas dari telur ayam hitam.Mahluk halus ini masuk ke rumah mangsanya melalui lubang kunci.Kemudian dia akan berubah rupa menjadi orang yang dikenali mangsa.Mahluk halus ini akan memperkosa mangsanya dan kemudian selepas itu dia akan membuatkan rumah mangsa  menjadi sangat kotor sebelum pergi. Ada juga kejadian di mana Liderc tidak mahu melepaskan mangsanya selama-lamanya

Dan hingga kini sudah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak di Hungary untuk memijak dan memecahkan telur yang keluar dari ayam hitam agar terhindar dari malapetakan mahluk halus tersebut.

6-Encantado



Di Brazil, daerah hutan Amazon, ikan lumba-lumba di sungai Boto dipercaya boleh berubah wujud. Ianya dikenali sebagai Encantado.Encantado akan mengajak wanita ke sungai, dan berubah  kembali menjadi ikan lumba-lumba, kemudian menghamili wanita tersebut

Disebab kan itu wanita-wanita di situ akan mengelak dari didekati lelaki yang bertopi kerana menurut mereka Encantando selalu memakai topi untuk menutup rupa sebenarnya.

7-Genderuwo



Genderuwo adalah makhluk halus yang seakan-akan  manusia bertubuh besar dan tegap  dengan rambut lebat menutupi tubuh. Genderuwo sangat dikenali dalam masyarakat di Pulau Jawa. Habitat  kegemaran mahluk halus ini adalah pohon besar teduh atau sudut-sudut yang lembab dan gelap. Makhluk ini dikatakan dapat berkomunikasi dengan manusia dan juga boleh menyukai manusia.

Banyak cerita juga yang mengatakan  genderuwo dapat mengubah rupa fizikalnya menjadi manusia lelaki atau wanita. Tapi ada cerita pula yang mengatakan  genderuwo  ni sebenarnya lelaki yang boleh menghamili perempuan, malah menghasilkan keturunan dari hubungan itu.

Mitos: genderuwo dikatakan berasal dari roh orang meninggal. Genderuwo tidak dapat dilihat oleh orang biasa tapi pada jika dia diganggu dia boleh menampak kan dirinya pada manusia.

sekian..

0 Response to "7 MAKHLUK HALUS SERATA DUNIA YANG SUKA MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM DENGAN MANUSIA wajib tahu!!!"

Post a Comment