Freemason di Malaysia???kebetulan atau sengaja

Sepintas lalu berkenaan Freemasons

Freemasons atau Freemasonry adalah sebuah pertubuhan persaudaraan yang mula muncul antara akhir abad ke-16 dan awal abad ke-17. Sekarang ini mereka ada merata-rata di dunia dengan keahlilan sekitar 5 juta orang iaitu sekitar 480,000 di England, Scotland dan Ireland , dan bawah dari 2 juta orang di Amerika Syarikat.

Mereka percaya kepada suatu kuasa yang mereka puja yang mana kuasa itulah yang diakui mereka sebagai ‘God’ atau ‘Tuhan’. Dan tuhan yang dipuja-puja mereka itu secara ringkasnya adalah tuhan yang digelar mereka sebagai ‘The all seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’. Dan itulah mata satu yang seringkali digambarkan oleh mereka dalam banyak simbol-simbol mereka.

Himpunan Kisah Freemason di Malaysia


Percaya atau tidak, inilah kenyataan yang sedang berlaku. Gerakan Freemason juga kuat di Malaysia. Antara yang paling kuat pengaruhnya di Asia. Apa yang mendukacitakan terdapat juga orang Melayu yang berpendidikan tinggi dan berpangkat besar menyertai pertubuhan Dajjal ini. Hanya kerana harta dan kekuasaan, mereka sanggup menjual agama meraka.

Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.

Freemasonry serta tunjang Zionisme telah lama bertapak di Malaysia. Freemasonry dikatakan telah berselindung di sebalik gerakan keagamaan di Malaysia. Hakikatnya, mereka membawa masyarakat ke arah kebebasan serta kehidupan anti-Tuhan. Kajian secara terperinci perlu dilaksanakan terhadap kewujudan Freemasonry di Malaysia.

Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME). DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negra Arab dan Teluk. Cawangan ni bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.

DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:

Singapura: 3 loji.
Kuala Lumpur: 3 loji.
Pulau Pinang: 1 loji.
lpoh: 1 loji.
Kuantan: 1 loji.
Kuching: 2 loji.

Port Dickson: 1 loji.
Port Klang: 1 loji.
Taiping: 1 loji.
Kota Kinabalu: 1 loji.
Bangkok: 3 loji.
Pattaya: 1 loji.

Di Malaysia terdapat 12 logde Freemason!! Manakala Thailand hanya ada 4 sahaja. Ini tidak termasuk lagi lodge-logde lain yang dibina di seluruh negara. Samada kita perasan ataupun tidak, inilah kenyataan sekarang.
Ini satu lodge di Johor. Ondaway ke Danga Bay anda pasti akan perasan bangunan ini.


Rumah Freemason di Johor Bahru: http://www.youtube.com/watch?v=sNlqQbgKFF8


Dewan Freemason, 100 Jalan Junid Muar, 84000 Johore


Dewan Freemason, Jalan Abu Bakar, Johor Bahru

Di Pulau Pinang





Dewan Freemason, 136 Jalan Utama, Penang

Di Perak


Dewan Freemason, 27 Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak

Di Negeri Sembilan


Dewan Freemason, Jalan Penghulu Cantek, Seremban, Negeri Sembilan

Di Melaka


Dewan Freemason, Jalan Chan Koon Cheng, 75000 Malacca

Di Johor
Di Kedah


Dewan Freemason, 08000 Sungai Petani, Kedah

Terbongkar: Manifesto Najib Razak, Benarkah Bakal PM Itu Ahli Korporat FreeMason Malaysia?

Satu berita menggemparkan telah berlaku, dan kami sendiri tidak perasan akan isu ini. Ianya berkaitan dengan laporan tentang Manifesto Najib Razak dalam artikel terdahulu. Sungguh, tidak disangka-sangka bahawa dalam maklumat tentang“perkhidmatan sosial” Najib, ada menyebutkan beliau adalah “Ahli Kehormat FreeMason Malaysia” sejak 1980 hingga sekarang. Ramai yang tertanya-tanya, dari manakan maklumat ini diperolehi?. Kami sendiri terkejut dengan maklumat berkenaan. Namun, suka diingat bahawa segala maklumat berkenaan telah dihantar oleh salah seorang puak-puak UMNO sendiri menerusi “database” profail peminpin UMNO yang terdapat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia.
Jika benar Najib adalah Ahli Korporat FreeMason Malaysia. Maka ini adalah sesuatu yang harus diberi perhatian dan lebih besar untuk kita perkatakan. Perkara ini amat mengejutkan semua pihak. Namun, kami tidak berani untuk mengiya atau menidakkannya. Hanya pembaca sendiri boleh menilai dan menyiasat perkara ini. Kami hanya menyiarkan salinan asal maklumat berkenaan sahaja.

Maka itu disini sedikit kami huraikan tentang Freemanson dan serta kaitan dengan musuh-musuh Islam dengan identiti yang tersendiri dan sangat-sangat menjijikkan. Maka jika benar bakal PM Malaysia terlibat sebagai Ahli Kehormat FreeMason Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menolak beliau naik. Jika tidak sudah pasti seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam akan berada dalam keadaan bahaya. Sudahlah selama ini kita dirosakkan dengan “Islam Hadhari”. Mungkinkah pula selepas ini kita akan ditanamkan pula dengan “Islam Glokal” pula. Sila rujuk dibawah :-
Bermula 10 Sya’ban 1398H bersamaan 15 Julai 1987 masihi, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah Al-Mukarramah telah mengeluarkan fatwa, kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan ‘Freemason’. Impak pertubuhan paling lama bertapak di muka bumi ini menghasilkan implikasi yang benar-benar, paradoksnya. Berhasrat untuk merampas kembali Palestin dari Kristian untuk membina kembali Haikal (Istana) Nabi Sulaiman. Asetnya tidak manimalis, malah akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah.
Namun, selepas zaman Revolusi Eropah pada kurun ke-17 yang merakamkan kejatuhan kerajaan Kristian dan kegemilangan Islam, perhatian terus dihala kepada Islam.Pertubuhan ini dianggotai bangsa Yahudi tulen, persis Ariel Sharon, Ehud Barak, dan lain-lain.

Freemason mempunyai beberapa pertubuhan yang dinaunginya serta menggunakan simbol yang sukar ditafsir, seperti matahari, bulan, mata, pyramid. Antara pertubuhan songsang mereka, Illuminati, Pertubuhan B’nai B’rith, Pertubuhan Bahaiyah – menimbalkan keraguan dalam hati umat Islam mengenai agama yang disyiarkan dan dianuti.Pertubuhan Kesaksian Yehova.

Gerakan ini amat banyak di Malaysia yang berselindung disebalik Badan Kebajikan Lions Club dan juga Rotary Clubs. Bahkan ramai juga orang Islam yang terlibat dengan gerakan ini atas nama kebajikan untuk menarik perhatian umat Islam.


Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu


Pada ketika ini, bangunan ini telah dikaburkan jika dilihat melalui Google Maps. Mungkin kerana sudah terkantoi.

Senibina Putrajaya


Kini kita beralih untuk melihat senibina yang benar-benar mengejutkan umat Islam di negara ini. Senibina Freemason yang ditemui melalui Google Earth terhadap pusat pemerintahan negara, Putrajaya.

Mengapakah Obelisk (Tiang) dibina sebagai mercu tanda? Apakah mercu tanda senibina Islam? Adakah tiang?


Vatican City & Putrajaya (perhatikan simbol mata)


Alamanda, Putrajaya


Presint 5, Putrajaya



"Mata"nya yang jelas.


Sabah


Pusat pergerakan freemason di Sabah boleh ditemui di Karamunsing. Jelas dapat dilihat lambang freemason di bahagian hadapan pintu pagar mereka.


Dewan Freemason, Sibuga Rd., 90000 Sandakan, Sabah


Kelihatan simbol all seeing eye kat duit kertas 1 dollar US. Simbol mata tu pula terletak di atas piramid yang terbelah di puncak piramid. Bandingkan dengan beberapa gambar kat bawah ini:



Perhatikan puncak piramid yang bernyala itu. Sama dengan piramid pada duit kertas 1 dollar US.


Lihat lagi simbol pada 2 tiang, jashin n boaz, the secret of Solomon’s Pillar dengan design di KLCC.


Kebetulan?

Links:


Jika kita masih buta dan sentiasa menidakkan tentang semua ini, segala jenis cerita sudah dikeluarkan. Tinggal kita nak tonton sahaja. Tontonlah The Arrival dengan hati dan minda yang sedikit menerima.

Tiada gambar, disertakan alamatnya seperti yang tertera di bawah:

1. Dewan Freemason, No 15 Jalan 18/16, Taman Kanagapuram, 46000 Petaling Jaya, Selangor
2. U0078 Jalan Merdeka,Federal Territory of Labuan
3. Dewan Freemason, Kota Kinabalu, Sabah
4. Lodge di Tawau, Sabah tiada alamat.
5. Tiada Lodge di Kuantan, Pahang (Negeri Pahang), Kuching (Negeri Sarawak) tapi dipercayai ianya aktif di negeri-negeri tersebut.

Sama-sama kita mencari kebenaran di muka bumi Allah ini. InsyaAllah.

Duit Syiling Baru Negara Malaysia: Najib Perkukuh Freemason Malaysia?

Pengaruh FreeMason atau Illuminati dalam Duit Syiling Baru Negara Malaysia keluaran Bank Negara Malaysia dengan lebih jelas pengaruh-pengaruh Zionis, FreeMason dan juga Illuminati dalam Duit Syiling Negara Malaysia yang bakal berada di pasaran Malaysia seterusnya berada didalam kocek-kocek seluar kita semua rakyat Malaysia sedikit masa lagi.

Berikut adalah beberapa gambar untuk rujukan korang semua:

1. Duit Syiling Baru 20 sen dan 50 sen Negara Malaysia


Pentagram kuno – Bintang terbalik


Pentagram moden – Bintang tak terbalik


Pentagram Kuno dan Pentagram Moden Bintang Terbalik adalah simbol Baphomet. Golongan Illuminati memang sinonim dengan Baphomet di mana Baphomet yang berkepala kambing diibaratkan sebagai simbol untuk menyembah syaitan. Dalam gerakan Illuminati, Baphomet adalah simbol bagi ritual dan penyembahan untuk tunduk pada syaitan.

2. Duit Syiling Baru 10 sen Negara Malaysia


Simbol "Star Of David"


Bendera Israel


Bendera Israel juga mengandungi simbol mereka iaitu dua segitiga yang satunya terbalik, apabila digabungkan menjadi bentuk bintang. Ianya di panggil ‘Star of David’ dan merupakan lambang kepada orang-orang Yahudi. Dua segitiga itu juga mempunyai beberapa maksud, dan yang biasa diketahui ialah segitiga normal itu melambangkan wanita dan segitiga terbalik itu melambangkan lelaki.

Tetapi menurut sumber-sumber Yahudi, ‘Star of David’ itu melambangkan nombor 7, iaitu hujungnya ada 6 dicampurkan dengan pusat tengah jadi 7. Maksud pendapat dari Yahudi itu ditujukan kepada bilangan hari Tuhan ciptakan alam ini iaitu 6 hari dan dicampur sehari hari berehat , menjadikannya 7 hari. Juga dinisbahkan kepada 6 hari bekerja dan 1 hari Sabat, 7 malaikat utama dan sebagainya.

3. Duit Syiling Baru 5 sen Negara Malaysia


Simbol Matahari Illuminati


Lain-lain Simbol dalam gerakan Freemason dan Illuminati


Hari ini, terdapat usaha untuk menguatkan pengaruh Freemason di Malaysia dan antaranya ialah dengan memsukkan simbol-simbol Freemason pada Duit Syiling Baru Negara Malaysia.

Perkara ini dilihat sebagai ikutan dari Kerajaan Amerika yang sedia kita tahu telah dipengaruhi oleh Freemason sejak lama dahulu dan kesan pengaruh tersebut telah dilihat pada Wang Kertas USD. Hari ini, Malaysia memilih jalan yang serupa dengan Amerika mempamerkan pengaruh Freemason secara jelas pada Duit Syiling Baru Negara Malaysia.

Perkara ini amat kritikal. Mulai hari pertama Duit Syiling Baru Negara Malaysia diedarkan, semua Rakyat Malaysia akan mula menjadi ejen pengedar Pengaruh Freemason di Malaysia tanpa kita sedari.

Kita akan mula membawa simbol Freemason kemana sahaja kita pergi dan kita akan menggunakan Duit Syiling berlambang Freemason sebagai kepentingan usuran kehidupan kita. Ini sesuai dengan agenda Freemason iaitu mereka melakukan kegiatan-kegiatan yang boleh diistilahkan dengan ‘gerakan 7 F’, iaitu menghancurkan kekuatan finansial (Financial) umat Islam, merosakkan pola makan (food), menciptakan adu domba atau perpecahan di kalangan umat beragama mahupun di dalam tubuh umat Islam (friction), menyebarkan cara berfikir bebas (freethinking), menebarkan ideologi yang membebaskan manusia dari tata cara pemikiran beragama (freedom of religion), menguasai filem, TV, dan media massa (film), menumbuhkan dan menggoda masyarakat agar berbudaya dan bersikap mengikuti millah (cara) mereka (fashion/life style), membuat beberapa aliran mistik untuk menghancurkan agama (faith, sect, occultism, dll.), menumbuhkan rasa kecewa (frustrasion), dan lain-lain.

BERSAMBUNG...


0 Response to "Freemason di Malaysia???kebetulan atau sengaja"

Post a Comment