loading...

“Setiap Kali Keluar Rumah Saya Baca Ayat Qursi Untuk Lindung Diri”- Dedah Wanita Terduduk Atas Teksi

“Setiap Kali Keluar Rumah Saya Baca Ayat Qursi Untuk Lindung Diri”- Dedah Wanita Terduduk Atas Teksi

teksi
Beberapa hari yang lalu, telah viral kes seorang penunggang motorsikal tercampak dan terduduk di atas bumbung teksi dalam satu kemalangan.
Kejadian ini menjadi bualan orang ramai kerana tak sangka wanita itu boleh “terbang” ke atas bumbung.
Wanita terbabit bernama Muriati seorang tukang urut yang berumur 60 tahun.
Dia kini sedang dirawat kerana cedera di tangan kanannya.
Ini pendedahan Muriati yang lebih mesra disapa “Mama” menceritakan pengalamannya itu.
Jom baca:

ADIK AJAK MAKAN

“Hari itu adik ada telefon mengajak saya makan nasi di rumahnya, selepas solat Zohor saya bergegas ke sana menaiki motosikal.
“Setibanya di simpang empat Jalan Lunas-BKE saya meneruskan perjalanan apabila lampu isyarat masih berwarna hijau,”

TEKSI MELINTAS TIBA TIBA

“Memang masa itu tengah lampu hijau saya bawa motor seperti biasa lah tapi secara tiba-tiba teksi tersebut melintas jalan itu, memang tak sempat nak brek.
“Motosikal terus berlanggar dengan teksi tersebut dan saya terlambung di atas bonet bahagian depan dan sempat melaungkan kalimah Allahuakhbar!!
“Kali kedua saya terlambung jatuh di atas bumbung teksi dalam keadaan mengiring sebelum saya bangun duduk di situ dan membuka topi keledar yang dipakai,”

SAKIT TANGAN

“Pada mulanya saya tak rasa apa-apa selepas itu baru sakit. Pemandu teksi tersebut juga keluar melihat dan meminta saya turun.
“Ada beberapa pengguna jalan raya cuba membantu saya turun dari bumbung dan meminta pemandu tersebut segera menghubungi ambulans,”

AMALAN BACA AYAT QURSI

“Memang setiap kali keluar saja dari rumah saya baca ayat Qursi untuk melindung diri. Mungkin berkat amalan ayat suci al-Quran ALLAH menyelamatkan saya walaupun terlibat kemalangan.
“Walaupun selepas ini aktiviti mengurut tak dapat dijalankan seperti biasa namun saya percaya ALLAH akan beri rezeki cara lain. Saya reda,”
Itulah kehebatan membaca ayat Al  Quran. Semoga Muriati cepat sembuh. -PENMERAHDOTCOM

0 Response to "“Setiap Kali Keluar Rumah Saya Baca Ayat Qursi Untuk Lindung Diri”- Dedah Wanita Terduduk Atas Teksi"

Post a Comment